SinarHairan

Ribuan hadiri Pengkebumian arwah Pak Yus .. bersemadi lah dengan tenang disana

loading...

Kangar : Jenazah Pelawak serta pelakon terkenal Yussry Endoo, 39 atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Isalam Masjid Nurul Iman Kampung Nesam Bintong, di sini sekitar jam 2,30 petang tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong dari Kuala Lumpur pada 11.45 pagi untuk di sembahyangkan.
Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.

Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis dan mula dikenali peminat seni hiburan tanah air selepas menjuarai rancangan realiti pencarian bakat pelawakRaja Lawak musim pertama pada 2007.
- HM
loading...
loading...

0 Response to "Ribuan hadiri Pengkebumian arwah Pak Yus .. bersemadi lah dengan tenang disana"

Catat Ulasan