SinarHairan

KISAH BENAR.........Aku ditumbuk dan ditendang sebelum dir0g0l beramai-ramai....

loading...
GAMBAR HIASAN

SUNGAI PETANI – Seorang remaja berdepan detik hitam apabila dicabul dan dir0g0l sekumpulan remaja dalam kejadian di Bandar Amanjaya, 12 Ogos lalu.

Mangsa yang dipercayai berusia 17 tahun mendakwa ditarik menaiki motosikal bersama empat rakan perempuan dengan menggunakan dua motosikal dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam.

Sampai ke satu lokasi, mangsa cuba untuk terjun dari motosikal terbabit, namun dipaksa naik semula sehingga dibawa ke suatu kawasan belukar dekat Amanjaya.

Dia dikatakan ditumbuk dan ditendang sebelum seorang rakan wanita menghubungi rakan remaja lelaki yang kemudian tiba ke lokasi bersama empat orang kesemuanya.

Mangsa yang ditutup matanya cuba melawan dan bergelut, namun dicabul dan dir0g0l sebelum diugut gambarnya akan disebarkan di laman sosial sekiranya mendedahkan kejadian itu.

Selepas kejadian, dia dihantar ke rumahnya semula dan menceritakan kejadian kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan pengadu.

Menurutnya, setakat ini empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan ditahan reman sehingga 18 Ogos 2015 bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek berusia lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera, Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0g0l," katanya.
loading...
loading...

0 Response to "KISAH BENAR.........Aku ditumbuk dan ditendang sebelum dir0g0l beramai-ramai...."

Catat Ulasan