SinarHairan

Kereta Awak Da La Besar. Kepala Pun Nak BESAR Juga Ka? Itu Kan Parking OKU. Awat La Wat Lagu Ni? Sombong Betol Orang Kaya Ni !!!

loading...

Semalam (24 Oktober 2015) jam 5 petang, saya berhenti di perhentian RNR Ayer Keroh. Ternampak sebuah Toyota Camry hitam nak parking di parking OKU. Saya beritahu dia dengan baik bahawa parking itu adalah untuk OKU, bukan untuk orang yang sempurna tubuh badannya seperti dia.*$


Dia terima teguran dan memohon maaf. Dia undurkan kereta dan mencari parking yang lain. 


Kemudian saya ambil kon dan letak di tengah-tengah parking yang dikhaskan untuk golongan OKU. 


Tidak lama kemudian, datang sebuah Toyota Estima memarkirkan keretanya di sebahagian petak OKU tersebut. Sama ada dia buta atau tidak belajar tentang petak parking OKU dikhaskan untuk OKU sahaja.


Seketika kemudian, datang sebuah kereta jenis Volvo dengan penumpangnya OKU, terpaksa menyelit di petak parking yang dikhaskan untuk mereka.


Petak parking OKU diberi keluasan yang luas ada sebabnya. Amat menjengkelkan bagi saya melihat orang yang sempurna tubuh badannya meletakkan keretanya di parking OKU. 


Rakan-rakan saya sendiri yang mempunyai kelainan upaya kadang-kadang terpaksa parking di tempat yang jauh hanya kerana wujudnya pemandu yang tidak bertimbang rasa seperti ini yang merampas parking OKU.


Saya rasa pihak PLUS perlu berbuat sesuatu yang mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak bertimbang rasa ini. - Rahim Zainun
loading...
loading...

0 Response to "Kereta Awak Da La Besar. Kepala Pun Nak BESAR Juga Ka? Itu Kan Parking OKU. Awat La Wat Lagu Ni? Sombong Betol Orang Kaya Ni !!!"

Catat Ulasan