SinarHairan

Anjing Menyelamatkan Bayi Baru Lahir Dibuang Oleh Ibu Menjadi Viral Di Laman Sosial.

loading...

IMAN: Seekor anjing menyelamatkan bayi baru lahir dibuang oleh ibunya menjadi viral di laman sosial, di negara Arab beberapa keping gambar seekor anjing telah menyelamatkan seeorang bayi perempuan yang baru sahaja lahir yang dibuang oleh ibunya.

Memetik laporan alfajetv.com, ini adalah kejadian seumpamanya berlaku di dunia di mana seekor anjing menyelamatkan seorang bayi menggunakan rahangnya.

Menurut seorang lelaki yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan, Elly Baiqtloha berkata, anjing berkenaan telah menggonggong anak kecil yang masih bertali pusat berkenaan dan menuju ke sebuah rumah berhampiran.

Selepas mengambil bayi berkenaan dari anjing tersebut, ternyata ia masih hidup dan pemilik rumah terus membawa bayi berkenaan ke Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.

Bagi membuktikan berita ini kami terjumpa laporan portal Emirares247 di mana is turut melaporkan kejadian berkenaan.

Menurut portal berkenaan, gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial Arab Saudi beberapa minggu lalu di mana katanya terjadi di dalam salah satu negara "Gulf Kingdom".

Gulf Kingdom terdiri daripada Iran, Irak, Kuwait, saudi Arab, Qatar, Bahrin, United Arab Emirates dan Oman.

Kini gambar berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di mana netizen tidak putus-putus memuji tindakan anjing yang dianggap lebih berperkemanusiaan daripada ibu bayi tersebut. -Siakapkeli.my



loading...
loading...

0 Response to "Anjing Menyelamatkan Bayi Baru Lahir Dibuang Oleh Ibu Menjadi Viral Di Laman Sosial."

Catat Ulasan