loading...
Suspek & keluarganya sempat menyelamatkan diri, tetapi warga emas rentung dalam tandas tingkat atas, manakala seorang ibu dan anaknya berusia 3 tahun melecur.
Warga emas rentung dalam kebakaran gara-gara jiran bergaduh sampai bakar tilam
Pertengkaran di antara seorang lelaki dengan ibu saudaranya yang menjadi tidak terkawal menyebabkan lelaki warga emas berusia 65 tahun yang juga jiran mereka, rentung dalam kebakaran.
D alam kejadian yang berlaku pada jam 12.10 awal pagi Isnin di Rumah Murah Kepayan, Kota Kinabalu, lelaki terbabit bertindak membakar tilam di biliknya menyebabkan api merebak ke rumah jiran.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek bersama ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri.
Namun, Liew Han Chong, 65, rentung dalam tandas di tingkat atas, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibunya berusia 32 tahun, melecur.
31 anggota termasuk pegawai Bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi.
Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan di dalam rumah yang musnah terbakar menemukan mayat warga emas terbabit yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek berusia 20-an pada jam 4 pagi untuk disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.
Sumber: Harian Metro
loading...
loading...
Related Posts :
Kantoi Sudah! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Penarikan Saat Akhir Lagu Hidup Dalam Mati Nyanyian Syamel Dalam AJL31,,, Kantoi Sudah! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Penarikan Saat Akhir Lagu Hidup Dalam Mati Nyanyian Syamel Dalam AJL31,,,
Pihak TV3 m… Read More...
Mengidam Makan Bedak Setiap Hari, Apa Terjadi Pada Anaknya Lepas Tu Memang Amat MEMERANJATKAN !!!
KEMASKINI Ketika berita ini ditulis… ramai yang tertanya-tanya apa sebab pemimpin Baju Merah Pelik tapi benar. Seorang wanita dan juga ibu… Read More...
UPDATE TERKINI BR1M 2017. Syarat Baru BR1M 2017 & Kemaskini Permohonan BR1M 2017 Di Sini ! MOHON SHARE !Cara Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada dijangkakan boleh dibuat mul… Read More...
Lemak Di Perut Habis Hilang Dengan Campuran Dua Bahan Ni Sahaja! Dalam Masa 60Minit Terus Kempis! Sangat Mudah Dan Murah! Jom Buat Sama-sama! Sama Boleh Kurus! Jom Share!
Selain apel, bahan paling penting juice ini kayu manis. Anti-oksidan dari itu sebenarnya menyetabilkan k4ndungan gula darah dan mengurangi… Read More...
Nak Bagi Anak Cerdik, Bukan Sekadar Makan Kismis, Lelaki Kongsi Cerita Kehebatan Air Tangan Ibu Yang Penuh MagikFenomena berlumba-lumba bagi anak makanan kesihatan untuk kecerdasan otak ini dah bermula banyak tahun. Maklumlah ibu bapa sekarang kebanyak… Read More...
0 Response to "Warga emas rentung dalam kebakaran gara-gara jiran bertengkar sampai bakar tilam di Rumah Murah Kepayan"
Catat Ulasan