SinarHairan

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin usul bantuan JKM dinaikkan RM1,000

loading...
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan RM1,000.


1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Katanya, beliau tahu kenyataannya itu memberikan implikasi yang besar tetapi tidak peduli.

"Apa yang penting kehidupan rakyat kita di akar umbi, mereka sudah sengsara terlalu lama. Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.

"Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera," katanya ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat bersama Perdana Menteri di Sandakan, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara sudah lama merdeka dan usaha membantu golongan B40 adalah aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.

loading...
loading...

0 Response to "PM Tan Sri Muhyiddin Yassin usul bantuan JKM dinaikkan RM1,000"

Catat Ulasan