SinarHairan

"Kalau ada makmal komputer lebih bagus, kalau tiada saya tetap bersyukur" - Marlianaliah, Murid pedalaman Sabah

loading...
MARLIANALIAH masih bersyukur dapat bersekolah di SK Magandai. - Foto Astro AWAN
"Kalau ada makmal komputer lebih bagus, kalau tiada saya tetap bersyukur" - Murid pedalaman Sabah

"Saya syukur kalau ada makmal komputer tetapi kalau tiada saya tetap bersyukur dapat bersekolah di sini,".

D emikian luahan hati Marlianaliah Jaunai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang bersekolah di salah sebuah sekolah pedalaman Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, Kota Marudu.

Anak muda ini juga mendambakan suasana pengajaran dan pembelajaran seperti rakan-rakan lain di bandar. Kondusif dan dipenuhi dengan segala kemudahan yang ada.

Ini kerana SK Magandai yang terletak kira-kira 57 kilometer dari Tandek, Kota Marudu itu cukup daif dari aspek infrastruktur.

"Saya suka sekolah di sini, guru semua baik-baik. Tetapi saya harap sekolah di sini jadi macam di bandar... diubah la sikit-sikit jadi cantik," rayu Marlianaliah.

Ini merupakan jalan masuk ke SK Magandai, Kota Marudu.

Selain itu, dengan infrastruktur yang daif dan tidak memuaskan, pengurusan dan para pendidik di sekolah itu turut berdepan dengan kekangan.

Penerapan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian (online) yang digariskan Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai prosedur operasi standard (SOP) keselamatan COVID-19 sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Kaedah Konvensional


Bagi Guru Besar SK Magandai, Jairun Maiba, segala SOP keselamatan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, memakai cecair pembasmi kuman dan mencuci tangan diamalkan di sekolah itu kecuali pembelajaran secara dalam talian.

Kata Jairun, semua lembaran kerja dan sesi pembelajaran dan pengajaran dibuat secara konvensional ekoran ketiadaan jaringan internet yang stabil.


"Kami masih bergantung kepada kaedah konvensional seperti lembaran-lembaran kerja untuk para murid memandangkan kita mengalami masalah jaringan internet di sini.

"Kalau mahu memuat naik bahan secara dalam talian itu, kita terpaksa membawa murid-murid ini keluar dari sekolah dan kita akan berdepan dengan kekangan jajaran jalan raya pula. Justeru, kami warga kerja termasuk pendidik akan melakukan yang terbaik kepada para murid," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Keselamatan warga sekolah


Menceritakan lanjut, Penolong Kanan 1 SK Magandai, Mikat Umpiliu berkata, terdapat juga segelintir guru yang akan pergi ke pekan berhampiran semata-mata mahu memuatnaik bahan pengajaran.

Kata Mikat, para guru itu juga akan berdepan kesukaran jajaran jalan raya dan terpaksa menempuh anak sungai serta jalan tanah merah berlumpur.


Salah sebuah bangunan kelas murid-murid di SK Magandai.

"Kalau ada bahan mengajar dalam bentuk online, kami terpaksa ke pekan untuk memuat naik bahan-bahan itu. Dalam perjalanan keluar ke pekan terutama pada waktu hujan, kenderaan yang dinaiki para guru tidak boleh melintasi sungai kerana risiko bahaya.

"Kalau jalan terputus, atau kenderaan tersekat akibat lumpur, orang-orang kampung akan bergotong-royong menyusun setiap kayu di kawasan yang dipenuhi lumpur bagi memudahkan kereta melalui jalan itu," katanya.

Sehubungan itu, nasib yang menghimpit 107 murid di sekolah itu wajar diberi perhatian pihak berwajib dalam memastikan anak-anak di pedalaman Sabah tidak terpinggir dari segi kemajuan pendidikan.

loading...
loading...

0 Response to ""Kalau ada makmal komputer lebih bagus, kalau tiada saya tetap bersyukur" - Marlianaliah, Murid pedalaman Sabah"

Catat Ulasan