SinarHairan

Mangsa positif COVID-19 baru pulang bercuti di Kundasang

loading...
Menurut pengarah Dr Zaini Hussin, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisiko (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Mangsa positif COVID-19 baru pulang bercuti di Kundasang

Jabatan Kesihatan negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan seorang individu yang didapati positif Covid-19 merupakan individu yang baru pulang bercuti di Kundasang, Sabah.

P engarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, kes tersebut dikesan semasa saringan terhadap individu dari kawasan berisiko (Sabah) yang dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, kes ini membabitkan seorang lelaki, warganegara Malaysia berusia 49 tahun yang mempunyai sejarah bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 Sept lalu.

"Kes tidak mempunyai gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 23 September (semalam)," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Sehubungan itu tambahnya, seramai 48 kontak rapat telah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

"Kontak-kontak ini adalah dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangkitan sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu," jelasnya.

Zaini juga memaklumkan sehingga 24 Sept, sebanyak 161 kes disahkan Covid-19 dikesan di negeri ini termasuk tiga kematian.



"Situasi semasa Covid-19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


loading...
loading...

0 Response to "Mangsa positif COVID-19 baru pulang bercuti di Kundasang"

Catat Ulasan