loading...
Amy Search tawan gunung Annapura, Nepal. - Foto Instagram Amy Search TERNYATA usia bukan penghalang untuk penyanyi rock terkenal Amy Search, 60, untuk menawan gunung Annapura, Nepal, yang mempunyai kietinggian 4,130 meter dari aras laut, 14 April lalu. Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran, Amy yang turut disertai isteri, Norhasniza Hassan dan beberapa rakannya yang lainnya akhirnya berjaya berada di puncak. Menurut Amy, bukan hanya kekuatan fizikal yang diperlukan tetapi mental juga perlu kuat untuk mengakhiri misi tersebut. “Cuaca bertambah sejuk lagi bila kabus mula turun dn ABC (Annapura Base Camp) dah tiada dalam pandangan. “Jika sebelum ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan, tapi kini tiga langkah aku berhenti ambil nafas. Tiga langkah degupan jantung aku rasakan macam baru lepas lari 100meter. Ini semua sebab oksigen yang semakin nipis. “Memang gila tapi aku tak gila, aku tak pernah ada rasa putus asa atau kesal dan aku tau aku akan sampai di situ, ini impian aku,” tulis pada gambar yang dikemas kini di laman Instagramnya.
Tambah penyanyi Isabella ini lagi, semangat yang dipinjamkan oleh isterinya turut menyumbang kepada kejayaannya sampai ke puncak. “Wife dan yang lain semuanya dah sampai, cuma aku dan Jamal jer. Aku terasa panik bila aku tengok Jamal dah mula macam nak muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dan tiba-tiba berbunyi 'ting' di belakang telinga aku. “Dalam perjalanan porter Raj cakap Nourish (isteri) on walkie talkie nak cakap dengan aku. Wife aku cakap, ‘sayang u can do it’. Aku jawab, I will be there tapi dia bunyi dalam kebimbangan sebab aku tanpa mountain jacket dan suhu semakin lama semakin sejuk. “Hujung nafas aku terasa perit tapi terus melangkah. Seminit lepas tu porter Milan dan porter Purna smpai dengan mountain jacket dan bantu aku jalan menuju ke puncak impian yang hanya 100meter di hadapan. “Saat-saat terindah itu akhirnya sampai jua. Isteri menyambut aku di gerbang itu. Keadaan yang berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba-tiba terbuka menyambut kedatangan aku ... begitu lah kebesaran Allah. Syukur, alhamdulillah,” kongsi Amy.
Meluahkan perasaan bangganya kerana akhirnya dapat menawan Annapura yang sama sekali tidak pernah terfikirkan olehnya sebelum ini, kata Amy, misi itu bermula lebih dua tahun lalu selepas berjaya berada puncak Gunung Kinabalu. “Semuanya bermula dua tahun lalu bila isteri aku dan Wae ajak aku naik Gunung Kinabalu. Masa tu aku cakap gila ker korang tapi akhirnya aku setuju.[Awani]

0 Response to "#WOW ~ 'Memang gila tapi aku tak gila' - Amy Search"
Catat Ulasan