SinarHairan

'Sampai tutup kedai Bata selepas aku beli 55 pasang kasut untuk murid miskin'

loading...

Jika hari ini, kita rasa kita adalah manusia yang paling susah di dunia, kita perlu mengubah tanggapan tersebut dan perlu bersyukur dengan apa nikmat yang telah Allah kurniakan. Kadangkala kita mengeluh dengan kesusahan yang ada tanpa mengetahui masih ramai lagi di luar sana yang bergelut dengan kesusahan. 

Pada pandangan kita, nilai wang ringgit yang tinggi dan jenama sesuatu barangan adalah ukuran bagi segala-gala keperluan dan kehendak. Tetapi kita sebenarnya alpa, sekecil-kecil nilai wang ringgit dan barangan  itu dihargai dan disyukuri oleh orang yang benar-benar memerlukan. 

Sebagai umat Islam khususnya, kita digalakkan untuk bersedekah dan memberi hadiah kepada golongan yang lebih memerlukan. Kebaikan bersedekah ini banyak manfaatnya antaranya, dapat menghilangkan kesusahan yang ditanggung oleh orang-orang yang berada di dalam kesempitan. Kebaikan ini juga bukan hanya membawa perubahan kepada golongan tersebut, malahan dapat juga mendidik jiwa dan hati kita mensyukuri dengan segala nikmat yang Allah berikan.

‘Usaha kecil dari orang kerdil’ begitulah ungkapan dari seorang guru yang menerima pujian ramai. Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi satu statusnya di Facebook yang membeli 55 pasang kasut sekolah baru untuk disedekahkan kepada murid-murid miskin, anak yatim dan murid yang kasutnya telah koyak.  Statusnya juga menarik perhatian ramai kerana, kedai BATA di Ong Tai Kim, Gombak  tersebut terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan para pekerja mencari saiz yang bersesuaian dengan contoh kasut yang diberikan. 

Cikgu Mohd Fadli Salleh juga memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan melalui #DanaKITA. Benar kata orang, jika kita memudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan dipermudahkan. Semoga usaha murni yang dijalankan oleh cikgu ini menjadi sumber dan ikutan kepada orang lain.

"Sampai tutup kedai BATA dekat Ong Tai Kim ni lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak. 

"Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil tiga patterns berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis sahaja. 

"Terima kasih kepada semua sahabat yang mengirim sumbangan melalui #DanaKITA. InsyaAllah esok aku akan sampaikan pada semua murid ya!" katanya.
loading...
loading...

0 Response to "'Sampai tutup kedai Bata selepas aku beli 55 pasang kasut untuk murid miskin'"

Catat Ulasan