SinarHairan

#HOT ~ Serina berang dengan tindakan bekas suami

loading...

Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan berang apabila dituduh melanggar perintah mahkamah oleh bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh hari ini.

 Menurut perkongsian yang dibuat oleh Serina, 35, di akaun Instagram miliknya, Gavin membuat tuduhan demikian kerana membenarkan anak-anaknya, Tristan Tareef O’luanaigh, 7, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6, bermalam dengan bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan.

 Dia juga didakwa telah memburukkan Gavin di media sosial pada 19 Mac lalu selepas bekas suaminya itu tidak membenarkan berjumpa dengan anak-anak setiap hari.
 “Hebatnya permainan lebai Gavin buat tuduhan saya melanggar perintah mahkamah hanya kerana membenarkan anak-anak tidur sebilik dengan papa saya. 
 “Di mana logiknya seorang datuk tidak boleh tidur sebilik dengan cucu dan mereka ini masih kecil,” tulis Serina. - K! ONLINE
loading...
loading...

0 Response to "#HOT ~ Serina berang dengan tindakan bekas suami"

Catat Ulasan