loading...
PADA 11 Disember tahun lalu, Ummi Nazeera mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Izzar, 30, atau sebelum ini hanya dikenali sebagai Mr I, dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.
Pasangan itu diperkenalkan ibu Izzar pada 29 Januari tahun sama dan Ummi mengakui tertarik dengan pemuda itu kerana dia berani menyahut pelawaan datang ke rumah bertemu ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.
Bagaimanapun, Ummi menjelaskan perkahwinan itu bukan diaturkan sebaliknya mereka sepakat bersedia mendirikan rumah tangga.
“Orang tua hanya berperanan memperkenalkan kami dan selanjutnya (perkahwinan) adalah keputusan bersama.
“Sejak awal lagi, mama beritahu saya supaya berkawan sekurang-kurang enam bulan.
Walaupun kami bertunang tiga bulan selepas berkenalan, tapi saya rasa dalam tempoh itu adalah masa untuk lebih mengenali,” jelasnya.
Berkongsi pengalamannya bergelar tunangan kepada Izzar, Ummi berkata, ada ketikanya dia seperti pasangan lain yang tidak lepas melalui pergeseran.
“Ada kalanya kami bergaduh tapi tak lama, lepas tu kami akan ketawa.
“Kadang-kala punca kami bergaduh disebabkan memilih lokasi berbulan madu, sebab saya mahu ke Istanbul, dia pula mahu ke Switzerland.
Katanya nak tunjuk satu lokasi menarik. Tapi tengoklah macam mana nanti,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran gincu Nita dan tudung Ummi baru-baru ini.
Ditanya adakah sebab utama dia memilih Izzar sebagai suami kerana statusnya sebagai doktor, Ummi pantas menafikan.
“Sejak awal lagi saya tidak pernah meletakkan target untuk berkahwin dengan seorang doktor.
“Alhamdulillah setahun kenal semuanya baik-baik saja. Dia tahu jaga hati semua orang dan bijak bahagi masa, antara soal peribadi dan kerja.
“Selain itu dia juga seorang yang penyabar sebab saya bukan orang yang sangat penyabar, boleh kawal marah.
Dia boleh menjadi bapa kepada anak-anak.
“Orang kata selalu lelaki macam ini boleh kahwin dua, harap-harap tidaklah,” katanya berseloroh.
Pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini berkata, dia kini sedang membuat persiapan dan bertuah kerana ibunya sangat memahami.
“Saya sangat menitikberatkan tetamu kerana kita juga nak raikan mereka. Saya mahu mereka selesa, dapat makan yang sedap-sedap, cenderahati yang berbaloi.
“Sebenarnya saya dah bahagi tugas dengan mama, mama uruskan makanan dan cenderahati. Saya pula uruskan pelamin, baju.
Tapi keutamaan saya tetap pada tetamu.
“Bagaimanapun detail majlis akan saya umumkan selepas Aidilfitri kerana rasanya akan ada lagi perubahan,” jelasnya.
Tambah Ummi, 27, selaku cucu sulung yang bakal mendirikan rumah tangga, dia masih tidak dapat membayangkan bagaimana majlis perkahwinannya.
"Ketika kursus perkahwinan, mereka ada beritahu kami berlebihan atau berkurangan bergantung pada individu.
Kalau sampai berhutang, itu memudaratkan diri.
“Alhamdulillah untuk majlis saya, ramai keluarga yang ambil bahagian membantu persiapan," katanya.
Berehat seketika Bercerita perkembangan terkininya, Ummi berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran Chor & Chah dan mengambil keputusan berehat seketika di samping membuat persiapan perkahwinannya.
“Bagaimanapun selepas berkahwin nanti, saya akan kembali aktif dan Izzar juga tidak pernah menghalang.
“Malah dia juga tahu bagaimana saya bekerja dan menjaga batas,” jelasnya.
Ditanya adakah dia akan mengikut Izzar berpindah ke Sarawak, Ummi terus saja menafikannya.
“Mungkin dia kot yang kena berulang ke sini (ketawa).
Sejujurnya saya harap dia akan dapat berpindah ke sini memandangkan dia sudah membeli rumah di Putrajaya,” ujarnya.[SH]

0 Response to "#HANGAT ~ Bunga cinta Umi Nazeera"
Catat Ulasan