loading...
Pada: Khamis, 27 April 2017
Ahli Perniagaan, Berita Artis, Hafiz Hamidun, Janda, Kosmetik, Penyanyi,
Cabaran yang dihadapai sepanjang tempoh bertunang dengan pasangan yang juga pengasas kosmetik Joy Revfa, Hafiz Hamidun berkata kesibukan tugas membataskan wujudnya salah faham antara mereka.
"Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati.
"Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan segera," katanya.
Cerita Hafiz lagi, dia bersyukur apabila Joy atau Siti Arifah Mohd Amin memahami komitmennya sebagai selebriti.
Mereka dijadualkan akan berkahwin pada hari Ahad ini."Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam.
"Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham," katanya kepada mStar Online
Tag : Ahli Perniagaan , Berita Artis , Hafiz Hamidun , Janda , Kosmetik , Penyanyi
loading...
loading...
0 Response to "Hafiz Hamidun cerita kisah sweet ketika bertunang dengan Joy Revfa"
Catat Ulasan