SinarHairan

"Gara2 mabuk dia masukkan 2 ekor ikan dalam dubur"

loading...

DOKTOR menunjukkan kedudukan ikan yang memasuki usus seorang lelaki di China menerusi gambar x-ray. – Ihsan Mirror.uk

BEIJING: Seorang lelaki mabuk di China, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia memasukkan dua ekor ikan hidup menerusi bahagian duburnya.

Tindakannya itu menyebabkan dua ekor ikan tersebut berenang menerusi ususnya dan seekor daripadanya memasuki usus membuang air besar menyebabkan mangsa mengalami sakit perut melampau.

Doktor di sebuah hospital di Guangzhou, selatan China berjaya mengeluarkan dua ekor ikan tersebut dan lelaki berkenaan masih ditempatkan di unit rawatan rapi.



Berdasarkan laporan People’s Daily Online, kejadian berkenaan berlaku pada 10 Mac lalu apabila lelaki berusia 45 tahun yang tidak dinamakan itu mabuk dan bertindak memasukkan ikan berkenaan ke dalam badannya.

Perbuatannya itu menyebabkan dia mengalami demam, tekanan darah rendah dan sakit perut sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Jinan sehari kemudian.

Doktor mendapati lelaki berkenaan berisiko dijangkiti kuman di bahagian usus dan terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan ikan tersebut yang pertama berukuran kira-kira 15 sentimeter.

Namun mereka pada awalnya gagal mengesan ikan kedua dalam usus tersebut sebelum menyedari kesan luka pada organ tersebut.

“Ikan kedua berukuran 1.2 sentimeter tersangkut pada bahagian kanan perut pesakit tersebut.
“Dia boleh kehilangan nyawa jika ikan itu berenang ke bahagian organ yang lebih tinggi termasuk paru-paru dan jantung,” kata seorang daripada doktor yang terlibat dalam pembebdahan tersebut. – MStar
loading...
loading...

0 Response to ""Gara2 mabuk dia masukkan 2 ekor ikan dalam dubur""

Catat Ulasan