loading...
Berita Artis, Esma Daniel, Pelakon, Perceraian Artis,
Esma Daniel mengakui sudah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu. Esma berkata, dia perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.
"Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.
"Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini,
"Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,
“Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka," katanya kepada HarianMetro.
Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak yang kini berusia setahun hingga 10 tahun. Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis. Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.
Tag : Berita Artis , Esma Daniel , Pelakon , Perceraian Artis
loading...
loading...
Related Posts :
Uqasha Senrose dah bertudung semula?Pada: Jumaat, 23 Jun 2017
Berita Artis, Drama, Fikry Ibrahim, Gambar Artis, Pelakon, Tudung, Uqasha,
Tindakan aktor Fikry Ibrahim memuat n… Read More...
“Ramai kecam, jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah“Ramai kecam, berperwatakan jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah
Drama bersiri Andainya Takdir telah berjaya menajdi tre… Read More...
Uqasha Senrose dah bertudung semula?Pada: Jumaat, 23 Jun 2017
Berita Artis, Drama, Fikry Ibrahim, Gambar Artis, Pelakon, Tudung, Uqasha,
Tindakan aktor Fikry Ibrahim memuat n… Read More...
Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..
Lisdawati merupakan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi ya… Read More...

0 Response to "Esma Daniel sah bercerai dengan isterinya.."
Catat Ulasan