SinarHairan

Jawatan Kosong di Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang - 15 Mac 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam jawatan seperti berikut :-



Jawatan:-

1. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Kelayakan:

(a)   Warganegara Malaysia

(b)   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11:RM837.00); atau

(c)    Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia dan boleh bertutur
        serta menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

(d) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau
         kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
         atau

     (ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet
         Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam
         jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan
         yang baik dan

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera
     seperti yang ditetapkan :

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan
                1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan
                46kg bagi wanita;

iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang
                kurangnya 79sm dan semasa tarik nafas 84sm (lelaki
                sahaja);

iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
                yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
                menggunakan cermin mata; dan

v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak
                cacat. 


Deskripsi Tugas:

Pengawal Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja Kontrak

*Mendaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.

*Memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada setiap masa.

*Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2016




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang http://ift.tt/1KF2wUT



Nama Asal Pulau Pinang

Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.

Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown.

Sejarah Awal Pulau Pinang dan Seberang Perai

Antara pedagang berbangsa Inggeris yang paling awal menemui Pulau Pinang ialah Kapten James Lancaster. Kapal The Edward Bonaventure milik pedagang tersebut adalah di antara tiga kapal yang dihantar oleh Britain dalam misi perdagangan ke Hindia Timur pada tahun 1591. Berdasarkan catatan pelayaran kapten tersebut, beliau menemui Pulau Pinang selepas singgah beberapa bulan di Pulau yang terletak kea rah selatan Pulau Pinang pada bulan Jun 1593. Dalam perjalanan meninggalkan Pulau Rimau itulah beliau menemui Pulau Pinang yang kelihatan tifak berpenghuni.

Bukti arkeologi pula menunjukkan Pulau Pinang dan Seberang Perai telahpun dihuni sejak zaman pra sejarah lagi. Bukti pertama pra sejarah negara ditemui di Guar Kepah, Seberang Perai pada tahun 1860. Berdasarkan timbunan cengkerang kepah dan kerang yang di dalamnya ditemui rangka manusia dengan alat batu, manik, pecahan tembikar dan sisa makanan, dijangkakan tapak di Guar Kepah ini berusia sekurang-kurangnya sekitar 3,000 hingga 4,000 tahun. Manakala penemuan alat batu beliung di beberapa tempat di Pulau Pinang merupakan merupakan bukti Neolitik iaitu bukti dari era pertanian yang awal yang dijangkakan berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun yang lalu.

Dari segi sejarahnya, Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya adalah milik kesultanan Kedah. Lama sebelum diambilalih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris kedua-dua kawasan ini telahpun mempunyai penghuni. Berkenaan petempatan awal, satu daftar ukur tanah dan kawasan yang bertarikh 1795 menyebut kawasan Datok Keramat telahpun dihuni sejak tahun 1705 berdasarkan penemuan kawasan perkampungan orang Melayu dan tanah perkuburan seluas 18 ekar di kawasan tersebut. Penempatan-penempatan juga turut dibuka oleh orang Melayu di Batu Uban, Sungai Kluang dan beberapa kawasan lain. Seberang Perai pula, sewaktu diambilalih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1800, masih dipenuhi hutan dengan penduduknya dianggarkan berjumlah antara 2 hingga 3 ribu orang.
loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang - 15 Mac 2016"

Catat Ulasan