loading...
Tahun 2015 boleh dikatakan tahun kontroversi untuk Tasha Shilla apabila dia terkait dengan pelbagai gosip hangat. Antaranya, dia kecam kerana berpakaian seksi sewaktu bertemu artis Korea Jay Park. Dia juga dikatakan telah menyerang bekas kekasihnya, Hans Wong, di sebuah kelab malam atas sebab yang tidak diketahui. Di samping itu, dia juga dikaitkan dengan kontroversi gambar separuh bogel.
Kepada mStar Online, Tasha memberitahu tidak akan berbicara hal peribadi sebaliknya hanya fokus pada kerjayanya tahun ini.
Kepada mStar Online, Tasha memberitahu tidak akan berbicara hal peribadi sebaliknya hanya fokus pada kerjayanya tahun ini.
Tiada lagi cerita-cerita peribadi dan tahun ini saya mahu fokus kepada karier sahaja memandangkan tahun lalu saya banyak menolak tawaran berlakon.Apa yang berlaku sebelum ini biarlah ia menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi.Saya kini lebih matang dan banyak belajar tentang kehidupan jadi tahun ini dengan semangat dan azam baru saya ingin memperkukuhkan karier seni dan tidak mahu berfikir soal lain.
Jika diikutkan saya sudah bersedia untuk berkahwin tetapi buat masa ini tiada calon dan saya lebih selesa solo selain memberi fokus kepada karier seni.Saya kena lebih berhati-hati kerana pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki.
Tasha di awal kemunculan pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Baru Popular sebelum terlibat dengan pelbagai kontroversi. Sekiranya sudah sedar bahawa kontroversi bukan satu perkara baik untuk perkembangan kerjaya seorang artis, tahniah diucapkan kepada Tasha. Semua orang buat kesilapan dalam kehidupan mereka, yang penting kita belajar dari kesilapan tersebut dan cuba untuk memperbaiki diri.
loading...
loading...
0 Response to "Lepas Lama Mendiamkan Diri, Tasha Shilla Kembali Buat Keputusan Yg Mengejutkan Semua Peminatnya"
Catat Ulasan