loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam
Jawatan:
1. AKAUNTAN W41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. PENOLONG AKAUNTAN W27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
6. PEMBANTU AKAUNTAN W17
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. PENOLONG AKAUNTAN W27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
6. PEMBANTU AKAUNTAN W17
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
Cara memohon:
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.
b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan)
iii) Transkip keputusan peperiksaan semua semester
iv) Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
v) Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup permohonan : 14 Mac 2016
Latar Belakang
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
- Majlis Tempatan Sekinchan
- Majlis Tempatan Sungai Besar
- Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
- Lembaga Bandaran Sabak Bernam
Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-
- Pekan Sekinchan
- Pekan Sungai Besar
- Pekan Sabak Bernam
- Pekan Bagan Terap
- Pekan Sungai Haji Dorani
- Pekan Sungai Nibong
- Pekan Simpang Lima
- Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
- Pekan Parit Baru
- Pekan Sungai Air Tawar
- Pekan Pasir Panjang
- Pekan Bagan Nakhoda Omar
Fungsi
- Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
- Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
- Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
- Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
- Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam - 14 Mac 2016"
Catat Ulasan