loading...
Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) :-
Jawatan:-
1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
Permohonan dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2016
Sejarah MAIPk
Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam ("Islamic Affair") dan Adat Melayu ("Malay Custom") hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.
Dari sudut sejarah, undang-undang tertua berhubung hal ehwal agama Islam yang telah dikuatkuasakan di Negeri Perak ialah Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan ("Ninety nine Laws of Perak") yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang tersebut. Adalah dipercayai, undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan Al-Marhum Sultan Idris Murshidul A'azam Shah ibni Al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar (1887 hingga 1916).
Kemudiannya, pada tahun 1900, satu undang-undang yang dinamakan Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Berikutan itu, sebuah bangunan telah didirikan di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar untuk dijadikan sebuah ibu pejabat pentadbiran Islam yang dinamakan sebagai Balai Syara'. Seorang Kadi Besar telah dilantik bagi mengetuai Kadi-Kadi Wilayah dan ditempatkan di sini. Pada ketika itu wilayah-wilayah kadi yang dikuatkuasakan ialah Kuala Kangsar, Taiping, Simpang Lima, Selama, Lenggong, Ipoh, Batu Gajah, Parit, Sitiawan, Teluk Intan, Tapah dan Tanjong Malim. Kadi Besar pertama yang dilantik ialah Tuan Habib Abdullah.
Dalam tahun 1917, Komiti Quran Perak pula telah ditubuhkan bertujuan untuk mengawal dan memantau pengendalian pengajaran agama Islam di Negeri Perak. Pengerusi pertama yang dilantik ialah Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Ramatullah Shah (1918-1938), yang merupakan Raja Bendahara Perak pada ketika itu. Komiti Quran Perak ini juga, turut bertindak sebagai Komiti Syariah Negeri Perak, yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan dengan pentadbiran agama Islam secara umum pada masa itu termasuklah mengeluarkan kebenaran bagi penerbitan buku-buku agama, pentauliahan mengajar dan sebagainya.
Menjelang pertengahan tahun 1947, ketika tanah air bergolak hebat dengan perjuangan menentang Malayan Union (ditubuhkan 1 April 1946), beberapa pergerakan, pertubuhan dan persatuan telah muncul memperjuangkan semangat nasionalisme bangsa menentang penjajahan British. Antara persatuan yang begitu lantang bersuara di Negeri Perak pada ketika itu ialah Persatuan Melayu Perak. Atas inisiatif persatuan inilah maka, satu perjumpaan para alim ulama telah diadakan pada 10 Ogos 1947 bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar. Pada pertemuan itu, Dato' Seri Ali Zaini bin Haji Muhamad Zain, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah mencetuskan idea yang bernas bagi menubuhkan sebuah pusat agama secara rasmi untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Perak.
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 11 Mac 2016"
Catat Ulasan