SinarHairan

Warga Myanmar biadap, patut dihalau keluar – NGO

loading...

 Sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) bagi masyarakat India mendesak kerajaan menghalau pekerja dan peniaga warga Myanmar di Pasar Borong Selayang yang didakwa semakin biadap.
Desakan itu dibuat oleh Malaysia India Voice Daerah Gombak, susulan peniaga dan pekerja warga Myanmar mengugut dan menghalau rakyat tempatan khususnya masyarakat India membeli barang keperluan di pasar itu.
Malah, dakwa Pengerusi Aktivis Kebangsaan Malaysia India Voice Daerah Gombak, Rama Chandran A/L Ganapaty, pergaduhan antara pekerja dan peniaga Myanmar dengan masyarakat India telah membawa kejadian tembakan rambang baru-baru ini.
Katanya, kejadian itu telah menakutkan masyarakat India untuk membeli barang keperluan di pasar berkenaan malah, terdapat beberapa kes mereka diugut.
“Kita minta pihak berkuasa halau pekerja asing (warga Myanmar), suruh mereka balik ke negara asal kerana mereka telah memberi masalah. Dulu zaman 90-an perkara ini tidak pernah berlaku.
“Sejak mereka masuk semua ada masalah, ditambah pula pekerjaan dan perniagaan mereka tidak mempunyai permit,” katanya selepas membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, susulan seorang lelaki India dipukul di pasar borong berkenaan Khamis lalu.
Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan Malaysian Indian Education Transformation Association (MIETA), Elangovan A/L Annamalai menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya campur tangan menyelesaikan masalah itu.
“Setakat ini kita telah membuat 53 laporan polis dan kita akan terus buat sehingga kes ini selesai.
“Kita juga minta Ketua Polis Negara mengambil tindakan sewajarnya, malah sehingga kini pihak IGP belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Kita mahu IGP keluarkan kenyataan dan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum India bahawa keadaan di sana selamat.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan rambang di Pasar Borong Selayang, Rabu lalu, bermotifkan balas dendam susulan pergaduhan kaum India dan warga Myanmar.

loading...
loading...

0 Response to "Warga Myanmar biadap, patut dihalau keluar – NGO"

Catat Ulasan