loading...
Dana rakyat tidak digunakan untuk menyelesaian isu dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh 6 bulan sudah pun nampak penyelesaian.
"Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam 'agreement' (persetujuan) yang ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Pada 23 November lalu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.
Pada 23 November lalu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.
1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100% pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).
Transaksi berkenaan dijangka selesai pada Februari tahun ini.
Pada 31 Disember lalu, 1MDB menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60% pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.
Najib dalam perutusan tahun baharu 2016 berkata paras hutang 1MDB berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.
Laporan sebelum ini menyatakan paras hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion, berdasarkan akaun kewangan yang diaudit setakat 31 Mac, 2014.
loading...
loading...
0 Response to "Wang Rakyat Di Guna Selesai Masalah 1MDB.."
Catat Ulasan