SinarHairan

TPPA bunuh rakyat Malaysia

loading...

Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA) boleh membunuh rakyat Malaysia.
Dakwaan itu dibuat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ahli Parlimen pembangkang ketika membuat bantahan di luar bangunan Parlimen.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, buat masa ini, rakyat sudah menanggung tekanan kenaikan kos hidup, ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Keadaan itu akan dibebankan lagi sekiranya TPPA dilaksanakan nanti.
Ahli Parlimen PKR dari Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menyokong TPPA sebagai pembunuh rakyat, malah mencabar mereka supaya turut sama membantah perjanjian itu.
charles-santiago
Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan pula mahu kerajaan mendedahkan dokumen perjanjian kepada rakyat sebelum menandatangani perjanjian itu.
“Saya membantah cadangan kerajaan supaya wakil rakyat perlu melakukan sumpah untuk menjaga rahsia perjanjian itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Parlimen pada Rabu.
Salinan memorandum itu akan turut dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "TPPA bunuh rakyat Malaysia"

Catat Ulasan