loading...
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah menyarankan Menteri Besar dan anggota kerajaan terus mencari jalan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi dan nilai ringgit.
Baginda yang juga Yang di-Pertuan Agong bertitah, keperitan rakyat berikutan keadaan itu mengakibatkan kuasa beli rakyat berkurangan dengan mendadak dan Kedah antara negeri yang amat terkesan dengan perkara itu.
“Teruslah membantu mereka yang serba kekurangan dengan mengupayakan mereka melalui latihan dan bantuan,” titah baginda dalam istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun ke-88 keputeraan baginda, di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
BERNAMA melaporkan, titah ucapan baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Baginda bertitah, Kedah turut membantu negara untuk mencapai hasrat menjadi negara maju menerusi sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan kelangsungan industri bekalan makanan negara khususnya padi.
Baginda menegaskan, Taman Teknologi Tinggi Kulim misalnya telah berjaya menarik pelaburan mencecah RM31 bilion, selain menyediakan 22,000 pekerjaan berpendapatan tinggi yang majoritinya diisi warga tempatan.
“Jika Kedah tidak dapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan persekutuan, beta percaya cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan gagal kerana Kedah akan terus berada di belakang negeri lain yang lebih berupaya dan kaya,” titah baginda.
Dalam aspek pentadbiran, baginda turut menyeru semua pemimpin agar `kurangkan cakap dan lebihkan kerja’ serta menjauhi rasuah bagi menjamin kesinambungan kejayaan.
Baginda bertitah, setiap pemimpin perlu membudayakan nilai integriti tinggi yang diyakini rakyat jelata, selain memastikan tindak tanduk berasaskan kepada nilai-nilai murni.
“Untuk menjamin kesinambungan kejayaan, perlu ada sifat-sifat seperti amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap urusan yang dilakukan,” titah baginda.
loading...
loading...
0 Response to "Terkini: Titah Agong Jelas Kecewa Dengan Pemimpin Kerajaan....Sebarkan"
Catat Ulasan