loading...
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan diserang hebat, terutamanya di dunia siber, selepas membuat kenyataan berkaitan dua kerja.
Hashtag #2kerja kemudian menjadi amat popular di Twitter. Malah, ia digunakan oleh Ahmad sendiri.
Bagaimanapun, hari ini, Ahmad berpendapat beliau perlukanhashtag lain yang lebih positif.
“Kita mahu popularkan #tambahpendapatan.
“Ini lebih positif daripada #2kerja," katanya ketika ditemui dalam Anugerah Buku Negara hari ini.
Ahmad sebelum ini sudah menggunakan #tambahpendapatan ketika menulis berkaitan azamnya pada 2016 untuk menambah pendapatan rakyat.
Beliau menegaskan usahanya bawah MITI untuk menambahkan pendapatan rakyat.
Ketua penerangan Umno itu juga berkata memaafkan pihak yang memperolok-olokkannya dengan kenyataan berkaitan kerja sampingan itu.
Ahmad juga mempertahankan kenyataan beliau sendiri melakukan tiga kerja dan mendapat elaun daripada kerja-kerja itu.
Selain berkhidmat sebagai timbalan menteri dan ketua penerangan Umno, Ahmad juga seorang anggota parlimen.
loading...
loading...
0 Response to "Terkini: Ahmad Maslan Buat Cadangan Baru #tambahpendapatan...."
Catat Ulasan