SinarHairan

SPRM Cadang Syor Kepada Peguam Negara Dakwa Najib...

loading...

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya tersebut telah mengemukakan 37 syor dakwaan terhadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya tersebut menerusi kenyataan media.
Mengulas lanjut, SPRM turut mengesahkan bahawa mereka telah menerima kembali kertas siasatan berhubung kes SRC international dan dana politik RM2.6 bilion daripada Peguam Negara hari ini.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” tulis kenyataan itu.
Dalam satu temubual khas bersama FMT awal bulan ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ramalan bahawa Apandi akan menolak kertas siasatan yang dihantar oleh SPRM pada 31 Disember lepas.
Menurut Dr Mahathir, ini adalah berdasarkan keputusan Apandi sebelum ini yang menolak laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuat oleh Bank Negara.
Pada Julai tahun lalu, agensi berita Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan mendakwa wang berkenaan adalah dari 1MDB.
SPRM bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa wang berkenaan merupakan sumbangan politik yang diberikan oleh “seseorang dari Timur Tengah” kepada Najib bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "SPRM Cadang Syor Kepada Peguam Negara Dakwa Najib..."

Catat Ulasan