loading...
Isu tuduhan oleh Asia Sentinel yang mengaitkan Rosmah Mansor dalam plot menjatuhkan Gabenor Bank Negara Zeti Aziz hangat hingga Rosmah Mansor memberi amaran kepada Asia Sentinel untuk memohon maaf jika tidak tindakan akan di ambil. Namun apa jadi dengan amaran Rosmah Mansor tersebut. Hingga kini Asia Sentinel tidak meminta maaf dan tiada pulak tindakan dari Rosmah Mansor.
Artikel amaran Rosmah
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi tempoh masa 48 jam kepada wartawan Asia Sentinel, John Berthelsen untuk menuntut maaf secara sukarela.
Melalui kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman yang mewakili Rosmah, Tetuan Noorhajran Mohd Noor, ia menegaskan telah diberi kuasa mengeluarkan kenyataan berhubung artikel yang disiarkan ‘Malaysia PM’s Wife Seek Central Bank Gabenor’s Ouster’.
Tuntutan itu dibuat susulan tulisannya yang mengaitkan beliau terbabit dalam cubaan memecat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.
Dalam artikel yang dikeluarkan, Berthelsen mendakwa ia bagi membalas dendam berikutan kebocoran butiran kewangan peribadi Rosmah dan kebimbangan Zeti mempunyai maklumat terperinci berhubung skandal 1MDB yang dikatakan boleh mengugat kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam kenyataan yang sama, firma guaman itu menjelaskan dakwaan wartawan berkenaan dianggap berniat jahat dan ingin merosakkan reputasi Rosmah.
loading...
loading...
0 Response to "Rosmah beri tempoh masa 48 jam untuk mohon maaf"
Catat Ulasan