loading...
Dalam kajian yang dijalankan oleh Dynamo, pengguna di Malaysia didapati menggunakan lebih banyak sabun pencuci dari jumlah sebenar yang diperlukan untuk mencuci pakaian.
Menurut kajian itu, satu daripada empat orang dewasa tidak mengukur atau mematuhi arahan pada label ketika menggunakan sabun pencuci. Para pengguna juga menggunakan jumlah yang berlebihan dari ukuran yang ditetapkan kerana berpendapat bahawa lebih banyak sabun digunakan, pakaian akan bertambah bersih.
"Menjadi satu kepercayaan buat rakyat Malaysia apabila menggunakan lebih banyak sabun, pakaian lebih bersih. Oleh kerana itu, kita mendapati orang ramai menuang lebih banyak sabun daripada ukuran yang sepatutnya," kata Pengurus Serantau bagi Fabrik dan Penjagaan Kediaman, Procter & Gamble Asia Tenggara, Louie Morante.
Lantaran itu, sebagai peneraju pasaran, jenama Dynamo mahu menambah baik amalan mencuci, bermula dengan mengambil jumlah pencuci yang betul dan mendapat lebih nilai daripada setiap botol, sekali gus memberi penjimatan masa dan wang.
Tambah Morante, jenama itu yang baharu melancarkan Dynamo Powe Gel dengan formula gel ultra menawarkan pembersihan lebih baik dengan pengambilan separuh penutup cecair sabun itu bagi muatan untuk 15 hingga 20 helai pakaian.
Penutup botol Dynamo Power Gel itu bukan sahaja digunakan untuk menyukat tetapi menangani pembaziran - baki cecair sabun boleh dituangkan semula ke dalam botol jika sukatan berlebihan. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "Rakyat Malaysia Gemar Guna Sabun Berlebihan Ketika Cuci Baju"
Catat Ulasan