SinarHairan

Pergolakan jawatan MB, apa sebenarnya yang berlaku di Kedah?

loading...

Isu yang melanda negeri Kedah mengenai jawatan menteri besar menjadi satu lagi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan masyarakat sejak beberapa hari lalu.
Berita mengenai desas desus berkenaan usaha untuk menyingkiran Datuk Seri Muhkriz Tun Dr Mahathir hampir menutup keseluruhan isu yang sebelum ini menjadi tumpuan umum seperti kontroversi tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, SRC International, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA ) dan beberapa lagi perkara lain.
Memang sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini apabila sesuatu berita besar yang disebarkan menerusi media-media massa akan dikupas oleh masyarakat sehingga ke akar umbi dan ia selalu berlaku mengikut musim.
Terkejut juga penulis apabila mendengar kemelut baharu yang berlaku dalam parti orang Melayu ini apabila ada usaha-usaha menjatuhkan pemimpin yang mungkin tidak bersefahaman dengan yang lain.
Bagaimanapun, isu mengenai penyingkiran Mukhriz dari jawatannya itu mempunyai elemen-elemen yang boleh dipertikaikan apabila ada pihak yang mengaitkan nasib Mukhriz dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kuat mengkritik, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
Penulis percaya, rakyat di negeri jelapang padi ini sangat merasai dilema yang berlaku dan kasihan mereka kerana tiba-tiba terpaksa menuntut pembelaan bagi yang menyokong Mukhriz.
Seorang rakan penulis yang berasal dari Kedah dan kini menetap di ibu negara turut menyuarakan ketidakpuashatiannya apabila mengetahui berita ini.
Katanya, sebagai anak negeri Kedah yang akan balik kampung untuk mengundi setiap kali adanya pilihan raya umum, taktik mahu menjatuhkan Mukhriz dengan memberikan alasan kegagalan mentadbir negeri dengan berkesan adalah satu dakwaan yang tidak wajar.
“Apa yang tak betulnya Mukhriz buat..walaupun aku tak tinggal di Kedah tapi tak pernah pula dengar apa-apa kepincangan sejak dia (Mukhriz) ambil kerusi sebagai menteri besar yang sebelum ini dimiliki PAS. Memanglah rakyat tidak memilih menteri besar tetapi janganlah itu dijadikan pula alasan untuk senang-senang menyingkirkan pemimpin yang sudah diterima oleh rakyat di negeri kami.
“Secara peribadi memang aku tak boleh terima ini semua berlaku dan tunggulah nanti pilihan raya akan datang” katanya kepada penulis ketika bersembang di sebuah kedai kopi pada Ahad (semalam).
Menerusi perbualan itu, penulis dapat merasakan dirinya sangat kecewa dengan pergolakan politik yang berlaku di negeri kelahirannya itu. Soalnya sekarang, jika benar Mukhriz disingikirkan, siapa pula yang bakal menggantikan tempatnya nanti?
Menurut laporan The Star, pengumuman mengenai pertukaran jawatan Mukhriz itu akan dibuat pada hari ini. Namun, sebuah blog pro UMNO, MYKMU.NET pula menyatakan ia hanya akan diumumkan pada Rabu.
Tidak kiralah, bila pengumumannya hendak dibuat asalkan pengganti Mukhriz itu nanti adalah orang yang benar-benar boleh melakukan kerja lebih baik daripadanya jika penyingkiran ini benar-benar terjadi.

FMT
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Pergolakan jawatan MB, apa sebenarnya yang berlaku di Kedah?"

Catat Ulasan