SinarHairan

Pembunuhan Altantuya: Azilah Minta Ampun Dari Sultan Selangor

loading...

Bekas pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu dilaporkan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Memetik laporan Sinar Harian, Azilah akan membuat permohonan itu ke Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri pada jam 10 pagi, esok.
“Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit,” kata peguam Datuk Hazman Ahmad, memetik laporan itu.
Sultan Sharafuddin: I have nothing to gain from siding with Umno, PKR or any other party
Azilah, bersama seorang lagi bekas pengiring, Sirul Azhar Umar, disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia itu pada 2006, oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.
Azilah kini berada di Penjara Sungai Buloh, manakala Sirul, yang melarikan diri sebelum sempat Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, berada dalam tahanan imigresen Australia.
loading...
loading...

0 Response to "Pembunuhan Altantuya: Azilah Minta Ampun Dari Sultan Selangor"

Catat Ulasan