loading...
PAS memberi beberapa ‘tips’ kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimana Perdana Menteri boleh menyelamatkan ekonomi negara susulan kejatuhan harga minyak dan nilai Ringgit.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tips paling utama ialah Najib perlu menghentikan sikap boros beliau dan keluarga yang menjadi buah mulut rakyat.
“Perdana Menteri mesti menunjukkan teladan dengan menghentikan sikap boros beliau dan keluarga terlebih dahulu yang menjadi buah mulut rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Najib perlu mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan ‘kos sara kerajaan’ seperti yang diharapkan rakyat.
Untuk itu, katanya, Najib perlu menyemak fungsi bertindih antara kementerian dan agensi kerajaan contohnya polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), PUSPAKOM, Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan.
Tambahnya, rakyat turut mengharapkan Najib akan memotong belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan mengurangkan saiz kabinet mengikut keperluan bukan lagi berdasarkan tuntutan parti komponen Barisan Nasional (BN).
“Najib perlu menamatkan jawatan Penasihat Khas bagi beliau yang bertaraf menteri, termasuk empat hingga lapan pegawai dan pembantu yang diperuntukan kepada setiap seorang penasihat,” katanya.
Mereka ialah Datuk Seri Dr Abdullah Bin Md Zin, Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Ong Ka Ting, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Seri S. Samy Vellu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Tuan Ibrahim berkata, pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentang pada 28 Januari ini hanya akan menambah tekanan kepada rakyat jika penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pengenalan semula AES menjadi ukuran.
loading...
loading...
0 Response to "Pas Sindir Najib "Tip Untuk Najib Jimat Belanje"...Ambik kau"
Catat Ulasan