loading...
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah yang paling lemah sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
Dakwanya, keengganan UMNO untuk mencabar presiden mereka sekalipun Najib membawa bencana telah menyumbang kepada kelemahan keseluruhan pada peringkat kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian merujuk kepada tarikh 8 Mac di mana Ketua-Ketua Bahagian UMNO mengadakan mesyuarat dan kebanyakannya akan berikirar menyatakan sokongan ‘penuh’ mereka untuk presiden.
“Ini ialah kelemahan penipuan pemimpin Barisan Nasional. Inilah sebab kenapa Presiden UMNO boleh memerintah selama-lamanya, walaupun beliau sebuah bencana seperti yang ada kini.
“Tidak ada siapa yang berani untuk mencabarnya kerana ia tidak dibuat menerusi parti yang autokratik ini,” katanya menerusi entri terbaru di www.zaid.my.
Zaid berkata, Najib bertanggungjawab membawa kepada pengenalan semula Hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan turut melihat ia suatu perkara yang tidak akan dilihat dari mana-mana perdana menteri yang mengetuai negara.
“Pertama kali pada 1993 apabila PAS mengambil alih Kelantan daripada BN. Perbezaan pada masa itu BN diketuai oleh pemimpin yang kuat, yang tahu apa yang dia lakukan dan berterus terang bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan
“Tetapi pada masa ini Hudud yang sama (dengan perubahan kosmetik) mendapat sokongan daripada Perdana Menteri semasa, iaitu Perdana Menteri paling lemah sejak 1957,” katanya.
Beliau berkata, ini merupakan satu perkara penting kerana BN mengawal Parlimen dan dengan Najib menyokong Hudud bermakna perubahan perlembagaan boleh dikuatkuasakan untuk pengenalan semula Hudud.
Mengulas mengenai pilihan raya kecil DUN Chempaka, beliau berkata PAS akan memenanginya tetapi akan mengalami pengurangan majoriti undi.
“Saya percaya PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) akan menjadi lebih kuat selepas Chempaka dan mereka akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Beliau berharap pemimpin PasMa akan ‘keluar secara terbuka’ untuk menyokong PR selepas pilihan raya tanpa berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO).
FMT
loading...
loading...
0 Response to "Najib Perdana Menteri Malaysia paling lemah..Kata Anda?"
Catat Ulasan