loading...
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret diberitahu bahawa tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz, yang didakwa mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yatt tahun lalu, mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoalsiasat selepas kejadian tersebut.
Ketua Pengawal Keselamatan bangunan, Kamarudin Shariff, 55, berkata, tertuduh yang ditangkap oleh orang ramai mengaku mencuri telefon bimbit itu ketika disoal siasat di pejabatnya.
Selepas pengakuan itu dibuat, Shahrul diarahkan mengeluarkan kesema barang yang berada dalam poket seluarnya termasuk telefon bimbit yang dimaksudkan. Namun telefon bimbit itu tiada bersamanya. Sebaliknya dia hanya mengeluarkan wang berjumlah RM1.60. Shahrul juga gagal mengemukakan kad pengenalannya dengan alasan hilang akibat dirompak sehari sebelum kejadian.
Perbicaraan bersambung esok. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "Mengaku Mencuri Telefon Bimbit Di Plaza Low Yatt"
Catat Ulasan