loading...
Susulan kisah Nasir yang ada sebuah kilang kecil, kereta Audi dan sales sekitar RM100,000 sebulan dikongsikan semalam, ada yang mempertikaikan kenyataan saya.
"Mana mungkin Bangla berjaya di Malaysia sedangkan kita hidup sengsara?" katanya.
Mereka ini pendatang, bergolok gadai untuk datang ke negara kita. Mereka berjimat cermat dalam berbelanja dan mengikat perut untuk menghantar wang ke kampung. Kita mengikat perut sebab perlu bayar hutang kereta dan pinjaman peribadi.
Mereka melakukan 3 atau 4 pekerjaan siang dan malam, 7 hari seminggu tanpa cuti. Kita tidak cukup dengan cuti Sabtu Ahad, buka kalendar kuda cari bila lagi ada cuti yang mana umum tahu negara kita kaya dengan cuti umum.
Semua kerja pun mereka sapu. Potong rumput, kutip sampah, buruh binaan, orang gaji, kerja kilang, kerja ladang, malah jual karpet. Orang kita?
"Euuwwww! I ada degree okay!"
Nasir dah lapan tahun tidak balik ke Chittagong. Tetapi kita tiap-tiap bulan pergi melancong.
Di tempat mertua saya, setiap bulan warga Indonesia akan berkumpul untuk penyerahan wang kutu. Begitu juga dengan mamak, mereka ada persatuan. Jika ada ahli yang ingin membuka cawangan, persatuan akan membantu. Sebab itu restoran mamak buat ubahsuai kaw-kaw tanpa ada masalah. Orang kita baru nak naik papan tanda saja dah kena santau.
Saya tertarik dengan tulis Doktor Azizul Azli Ahmad dalam bukunya 'Wang Ada Di Mana'. Bangsa asing diajar untuk melihat wang ada di mana sahaja. Sebab itulah mereka boleh menjadi kaya raya di sini, di negara kita. Malangnya kita diajar wang tunggu duit BR1M dan biasiswa.
Mereka bersahaja dalam bergaya, kita pula sibuk dengan tudung dan jubah yang ada jenama. - Syed Fadzil | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Mana Mungkin Bangla Berjaya Di Malaysia Sedangkan Kita Hidup Sengsara'"
Catat Ulasan