loading...
Dikala orang ramai sibuk bercerita dan bergembira berkongsikan jumlah dividen ASB yang diperolehi dari simpanan bertahun-tahun, ada pula yang terpaksa mengeluarkan duit dan itulah harapan terakhir untuk menyara keluarga pada bulan itu. Baca perkongsian dari Cik Mee di bawah:
Cerita dari sebuah bank
Cerita dari sebuah bank
Hari ini aku ada urusan di bank. Buat bank draf, dalam bank ada lebih kurang 14 orang pelanggan yang sedang menunggu nombor giliran dipanggil.
Dari 14 orang itu, 8 orang darinya memegang buku Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan borang berwarna merah (borang keluar duit).
Orang taklah ramai tetapi servis, mak aih! Kalah siput sedut. Di sebelah aku, ada seorang kakak dalam lingkungan umur 45 tahun yang sedang memegang buku ASB dan borang merah. Agaknya dia dah bosan sebab menunggu terlalu lama, lalu dia mula menegur aku.
"Nak keluarkan duit ke?" tanyanya.
"Taklah kak, saya nak buat bank draft saja," aku jawab.
"Lama betul menunggu. Nak keluarkan duit RM200 pun susah. Anak dah masuk sekolah ni, banyak guna duit. Akak ada empat orang anak. Seorang tinggal di asrama, tiga lagi masih di sekolah rendah. Dah bergolok bergadai ini nak beri mereka sekolah. ASB ini harapan terakhir. Suami nak terima gaji, lambat lagi. Kalau habis RM200 ini, memang tak makanlah kami sekeluarga," katanya dengan muka masam.
"Akak tak bekerja ke?" soalku.
"Tak kerja, tetapi adalah buat kek sikit-sikit. Kalau nak tempah kek, bolehlah call akak," katanya siap memberikan aku nombor telefon.
Dalam empat minit kemudian, nombor giliran akak itu dipanggil. Yang paling sedih bila pegawai bank kata MyKad dia tidak boleh dibaca sebab cip rosak. Dengan muka sedih, dia keluar dari bank. Aku cuma berdiam diri, tak tahu nak kata apa.
Ye, sesiapa pun akan melalui apa yang akak ini lalui. Aku ada nombor telefon dia, aku mungkin boleh beri dia RM50 tadi. Tetapi aku berhasrat nak beri duit padanya. Tetapi aku berhajat nak membantu dia membuat duit, jadi vendor pada kami. Dia pandai buat kek dan roti katanya.
Kalau akak itu ada terbaca luahan hati aku ini, satu saja aku nak beritahu yang aku bukan tak nak membantu dari segi kewangan tetapi aku akan bantu untuk dia menjana kewangan dengan produk yang ada.
InshaAllah kak, sharing is caring," - Cik Mee | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.
loading...
loading...
0 Response to "'Maaf, Cip MyKad Puan Rosak Tidak Dapat Dibaca'"
Catat Ulasan