loading...
Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) kesal dengan pemilihan novel ‘Pantai Kasih’ sebagai komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Empat.
Pengerusi DARWA, Hazlina Abd Razak, berkata demikian kerana teks novel Pantai Kasih berunsur lucah dan tidak sesuai dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah.
“Darul Wardah yang juga mengendalikan kes remaja hamil tanpa nikah di Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah Selangor berasa amat tidak wajar sama sekali teks novel Pantai Kasih yang boleh disifatkan berunsur lucah dijadikan sebagai salah satu bahan pembelajaran di sekolah menengah,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, pemilihan novel Pantai Kasih bertentangan dengan roh Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Budaya Negara dan Dasar Sosial Negara.
“Teras Pendidikan yang berteraskan kepercayaan kepada Tuhan, kemuliaan akhlak, ketinggian akal budi tidak akan dicapai dengan sikap sambil lewa dan ambil mudah. Pendidikan hari ini akan mencorakkan generasi masa depan.
“DARWA mengesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti mengenai masalah ini sekaligus mengambil tindakan menarik semula novel Pantai Kasih yang menjadi novel KOMSAS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Antara petikan ayat yang terkandung dalam buku hasil tulisam Azmah Nordin dan diterbitkan oleh Pekan Ilmu Publishing Sdn Bhd.;
“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha..
“Doktor Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif itu,”
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, akan menemui panel pemilih novel Pantai Kasih, selepas isu unsur negatif dalam teks yang menjadi KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Empat itu mencetuskan polemik sejak minggu lalu.
loading...
loading...
0 Response to "KPM digesa tarik balik novel KOMSAS ‘lucah’"
Catat Ulasan