loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti berikut :-
Jawatan:
1. IMAM MUDA - 1 Kekosongan
2. IMAM TUA - 4 Kekosongan
Tarikh Tutup : 14 - 18 Februari 2016
Sejarah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
PERISYTIHARAN PENUBUHAN MAIK
" bahawasa di dalam mesyuarat Council pada hari Selasa, 30 Muharram 1334 bersamaan dengan 7 Disember 1915, sesungguhnya telah suka kita mekurniakan kepada anak-anak negeri kita satu majlis yang bernama "Majlis Ugama dan Istiadat Melayu" kerana menimbangkan bagi kebajikan negeri Kelantan. Maka dengan sebab demikian itu, inilah hari yang kita mulai buka Majlis ini kepada pengetahuan anak negeri kita supaya mereka itu mengetahui akan maksud kita kurniakan Majlis ini. Adalah tujuan kita perkataan "ugama" itu ialah tiap-tiap perkara yang mendatangkan muslihat kepada sekalian anak negeri kita lagi menambahkan bagi kebajikan Kelantan. Dan kita kehendaki bagi perkataan "Istiadat Melayu" itu ialah yang melengkapi atas adat dan adab Melayu yang dengan elok dan sayodia diperlihara akan dia mengikut bagaimana peredaran masa....."
Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :
- Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Rajai)
- Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
- Haji Awang Muhd. Yusoff bin Ahmad (Tok Kenali)
loading...
loading...
0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - 18 Feb 2016"
Catat Ulasan