SinarHairan

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 8 Feb 2016

loading...
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. PENGURUS PEMASARAN (KUALA LUMPUR)

2. TIMBALAN PENGURUS PEMASARAN (KUALA LUMPUR)

3. EKSEKUTIF KANAN PEMASARAN (KUALA LUMPUR)

4. PENOLONG PERANCANG BAHASA S27 (KUALA LUMPUR, SABAH, SARAWAK)

5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17 (KUALA LUMPUR)

6. PEMBANTU PENERBITAN N17 (KUALA LUMPUR)

7. PENGAWAL KESELAMATAN KP11 (KUALA LUMPUR)


Tarikh tutup: 08 Februari 2016


Klik Maklumat Lengkap Iklan 

Temuduga Terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) http://ift.tt/1RHSYsy


Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 8 Feb 2016"

Catat Ulasan