loading...
Ini nak share sikit pengalaman buruk yang betul-betul terjadi hari ini pada jam 11:40 pagi.
Saya dengan keluarga hari ini menyiapkan makanan tengah hari. Nak masak asam, kami gunalah sambal pek jenama Maz ini.
Dah dicurah masuk ke dalam kuali, terjumpa pula benda asing dalam pek ini sudah kelihatan hancur. Mula-mula terasa pelik, kenapa sambal ini berketul-ketul?
Mak saya keluarkan dan cuci dengan air sebab bendasing itu kelihatan pelik.
"Tengok-tengok seekor katak!"
Tak tahu nak cakap apa dah. Speechless terus! Sedangkan pek sambal ini diletak saja dalam peti ais, tak pernah diletakkan di luar. Yang lebih utamanya, lubang pek sambal ini digunting dengan lubang kecil sahaja. Takkanlah katak boleh masuk sendiri?
Jadi, memang pengotor mereka yang memproses sambal ini.
Sekarang, saya dan keluarga sudah terkena. Saya tak tahu siapa lagi yang terkena. Terus fobia nak makan dan jangan harap nak beli cili pek ini lagi.
Pengajaran untuk hari ini. - Nur Aziemah Ismail | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Jangan Harap Nak Beli Cili Pek Ini Lagi!'"
Catat Ulasan