loading...
Tabung Biasiswa Rakyat Malaysia menyediakan bantuan biasiswa kepada pelajar bukan Islam dan bukan Bumiputera.
Kerajaan didesak supaya menaikkan cukai judi sebanyak lima peratus selaras dengan kenaikan cukai rokok.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenaikan cukai rokok itu adalah wajar memandangkan harga rokok di negara lain juga mahal berbanding di negara ini.
Namun, katanya, menghairankan apabila cukai judi tidak pernah dinaikkan sedangkan industri itu melibatkan urus niaga berbilion dan ada kalanya mencecah trilion.
Bercakap dalam sidang media, Ibrahim berkata, kerajaan boleh mengasingkan hasil kutipan kenaikan cukai itu dan diletakkan dalam Tabung Biasiswa Rakyat Malaysia.
“Wujudkan satu tabung dipanggil Tabung Biasiswa Rakyat Malaysia. Di mana pelajar-pelajar bukan Islam bukan Bumiputera boleh mendapat pinjaman daripada tabung ini.
“Dan saya percaya jika lima peratus, saya percaya dua, tiga bilion boleh diperolehi dengan mengutip cukai judi,” jelasnya.
Anda fikirlah sendiri cadangan Ibrahim Ali boleh di terima atau tidak.
loading...
loading...
0 Response to "Ibrahim Ali Cadangkan Wang Hasil Judi Diberikan Kepada Pelajar Islam....Sewel Ke Apa ni...Sebarkan"
Catat Ulasan