SinarHairan

Golongan Kaya Untung Berjuta Cukai Bayar Sikit...

loading...

Cukai pendapatan yang dikenakan terhadap golongan kaya dan berpendapatan tinggi di negara ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, di negara lain cukai yang dikenakan terhadap golongan kaya antara 40 hingga 60 peratus.
“Kita bukannya mengenakan cukai yang begitu banyak. Cuma lebih kurang 28% sahaja.
“Banyak yang diberi kepada golongan kaya, terutamanya dari segi kewangan, contohnya Tabung Perusahaan Kecil dan Sederhana, Tabung IBS (intelligent building system) dan sebagainya,” katanya selepas Dialog Pasca Bajet 2016 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Pullman Bangsar pada Sabtu.
Beliau menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa Bajet 2016 adalah’ Bajet Robin Hood’ kerana mengenakan cukai yang tinggi terhadap golongan kaya bagi membantu rakyat biasa.
Irwan berkata, cukai terhadap golongan kaya hanya memberi pendapatan sekitar RM400 juta kepada negara bukan berbilion Ringgit.
“Ia bukan bajet Robin Hood. Jumlah yang kita akan kutip (dari cukai pendapatan) ialah sekitar RM400 juta lebih. Kita bukannya mengenakan cukai berbilion ringgi. Oleh itu, ia satu bajet yang sederhana,” katanya.
Bajet 2016 mencadangkan kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25% kepada 26% bagi mereka yang berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta.
Bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25% kepada 28%.
Irwan berkata, kerajaan memang mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai pendapatan untuk golongan berpendapatan sederhana sekiranya harga minyak dunia meningkat kepada AS$100 setong.
“Tetapi kerana situasi (harga minyak mentah yang tidak menentu), kita tiada pilihan selain perlu mencapai sasaran defisit belanjawan 3.1% dengan melaksanakan beberapa langkah berhemah,” katanya.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Golongan Kaya Untung Berjuta Cukai Bayar Sikit..."

Catat Ulasan