loading...
Dalam suatu wawancara Malaysiakini dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengejutkan kita apabila beliau mengaku ada pemimpin politik negara yang mempunyai rangkaian dengan kongsi gelap!
Dalam filem tamil selalu ada cerita dimana menteri2 di India mermpunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap dan samseng2 bagi mempertahankan kedudukan dan kegiatan haram mereka sehingga polis pun tak berani menghancurkan rangkaian kongsi gelap ini.
Apakah perkara yang sama berlaku di Malaysia dimana pemimpin politik dengan mudah boleh mengugut polis yang menjalankan tugas mereka?
Walaupun Tan Sri Musa Hassan tidak sebut siapakah ahli politik yang mempunyai kaitan dengan rangkaian kongsi gelap, kita dengan mudah boleh mengandaikan siapakah mereka ini.
Kita semua tahu hanya ahli politik dari Umno sahaja yang mempunyai kuasa untuk menegur Polis atau Ketua Polis Negara dan berkuasa menghalang penyiasatan serta menghalang polis daripada mengambil apa2 tindakan terhadap mana2 pihak.
Kita juga tahu sekiranya ahli politik dari pembangkang yang cuba ugut polis dan ‘bela’ kongsi gelap ini, sudah tentu dah lama mereka dicekup dan menjadi bahan kempen Umno di TV3 dan Utusan Malaysia bagi menjatuhkan kredibiliti pemimpin2 pembangkang!
Sepatutnya Tan Sri Musa Hassan harus berani mendedahkan siapakah ahli politik tersebut supaya rakyat tidak membuat spekulasi!
petikan dari Malaysiakini:
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap “serius.”
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep “menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain,” seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
“Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini,” katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan “mengawal” ahli politik.
“Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik,” katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.
“Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya ‘Kenapa you ambil tindakan sebegini?’ dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
“Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka,” katanya.
–saronglama
loading...
loading...
0 Response to "GEMPAR! – Pemimpin UMNO/BN Mempunyai Hubungan Dengan Rangkaian Kongsi Gelap"
Catat Ulasan