loading...
Kerajaan kini memfokuskan usaha memperkenalkan lesen khas (AP) terhadap pengusaha bauksit dengan tidak lagi menjadikan keutamaan menangkap dalang yang terlibat dengan aktiviti itu.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, fokus baru yang dilakukan oleh kementeriannya itu adalah penyelesaian kepada banyak kes-kes tangkapan melibatkan pekerja bawahan dan bukannya tauke-tauke mereka.
“Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) dulu, saya pernah alami keadaan ini. Operator dan pekerja boleh kita lihat. Tetapi tauke yang membiayai projek bauksit ini payah untuk dicari.
“Kita buat tangkapan, kita hanya tangkap pemandu. Kita tangkap pekerja bawahan, tetapi bukannya kita tangkap tauke,” katanya pada sidang media di Ampang hari ini.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, langkah memberikan fokus kepada usaha mengawal pemberian AP itu akan diserahkan kepada pihak Ketua Setiausaha Negara untuk menguruskannya.
“Kita juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, untuk memperkenalkan indikator lori khas. Lori khas itu hanya akan membawa muatan bauksit sahaja,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi turut menyatakan isu bauksit yang berlaku adalah hampir sama dengan isu perjudian secara haram.
Hal ini kerana, undang-undang sedia ada tidak mampu untuk menangkap dan menahan pelaku yang melakukan kesalahan.
Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa kerajaan negeri Pahang sudah melakukan yang termampu terhadap mereka yang mengancam alam sekitar, selepas dikritik ramai tentang isu perlombongan bauksit.
Menteri besar Pahang itu berkata pihak penguatkuasa negeri sudah pun menjalankan tugas namun pelombong haram tidak dapat ditangkap kerana sudah melarikan diri beramai-ramai sehingga gagal dikesan melalui CCTV dan kamera AES sekalipun. Bahkan, polis juga gagal mengesan pelombong-pelombong haram tersebut kerana kepakaran mereka menggunakan ilmu ghaib (halimunan) semasa melarikan diri ketika penguatkuasa negeri sedang menjalankan tugas.
Beliau juga mendakwa kerajaan negeri juga tidak mempunyai kaki yang panjang untuk mengejar pelombong-pelombong berkenaan bagi menghentikan perlombongan bauksit haram yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan masalah kesihatan.
“Kerajaan negeri kekurangan sumber manusia, kaki penguatkuasa sudah la pendek-pendek, kami kejar guna kereta tapi pelombong pula lari dengan terbang di udara, jadi kami kalah semasa mengejar mereka semua" kata Menteri Besar dengan nada kesal sambil menangis tersedu-sedan.
“Ia bukannya disebabkan kita berlengah atau bertangguh [penguatkuasaan] cuma ia menjangkau keupayaan kita. Mereka pandai melarikan diri sambil menghilangkan diri kerana belajar ilmu ghaib” katanya lagi dalam satu wawancara.
Adnan turut berkata tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana semua agensi penguatkuasa kecuali Pejabat Tanah dan Galian berada di bawah kerajaan pusat.
Katanya Pahang Darul Marikh pada mulanya tidak mahu melibatkan kerajaan persekutuan namun masalah menjadi semakin besar dan tidak boleh dikawal. - Bernipu.

0 Response to "Buat KDN dan MB Pahang "Rakyat Tahu Siapa SETAN BESAR Skandal Buaksit..."
Catat Ulasan