loading...
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali perlu menarik diri dari menduduki Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan integriti dan kebebasan Pejabat Peguam Negara.
Blog pro UMNO, MYKMU berkata, Peguam Negara tidak sewajarnya berada di dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan sekiranya berlaku sesuatu kes salah guna kuasa atau penyelewengan.
“Malah kedudukan Peguam Negara dalam mana-mana GLC juga boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pejabat Peguam Negara sekiranya berlaku skandal dalam GLC terbabit.
“Adalah penting Peguam Negara dilihat berkecuali dan bebas dalam menentukan merit sesuatu kes untuk pendakwaan. Kedudukan beliau dalam mana-mana GLC atau syarikat hanya akan menimbulkan pelbagai tanggapan dan persepsi,” lapor blog itu.
The Malaysia Reserved melaporkan Apandi dilantik ke jawatan itu baru-baru ini dan ia disahkan oleh seorang pegawai kanan Tabung Haji.
“Ya, kami mengesahkan pelantikan Apandi sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji baru-baru ini,” kata Anis Zuhani Ahmad, Ketua Komunikasi Korporat Tabung Haji, seperti dilaporkan akhbar itu.
Tabung Haji menjadi tumpuan selepas Bank Negara Malaysia memberi amaran rizab Tabung Haji dalam bahaya.
loading...
loading...
0 Response to "Blogger UMNO Beri Nasihat Pedas Buat Apandi...."
Catat Ulasan