SinarHairan

Bila Duit BR1M 2016 Dapat Dan Masuk Akaun. Anda Yang Mohon BR1M Boleh Semak Sini

loading...
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai 28 Januari 2016. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2016.


Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2016.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai 28 Januari 2016.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh pembayaran bermula Pendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah
(e-Kasih )
Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 Individu Bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
28 Januari 2016 RM250 RM250 RM200 RM400
28 April 2016 RM250 RM250 RM200 ---
28 Jun 2016 RM300 RM250 RM200 ---
28 September 2016 RM250 RM250 RM200 ---
Jumlah RM1050 RM1000 RM800 RM400


Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal), sila layari Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M.
BR1M
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga info ini berguna untuk semua.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Bila Duit BR1M 2016 Dapat Dan Masuk Akaun. Anda Yang Mohon BR1M Boleh Semak Sini"

Catat Ulasan