SinarHairan

Biasiswa JPA Di Gantung Antara Langkah Jimat Cermat Najib

loading...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan supaya kerajaan memotong peruntukan yang disalurkan ke Jabatan Perdana Menteri daripada bertindak menggantung biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Presiden PAS itu berkata, tindakan menggantung biasiswa pelajar di bawah tajaan JPA memberi bayangan bahawa pengubahsuaian bajet yang akan dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari depan hanya akan menambahkan tekanan kepada kehidupan rakyat.
“Kerana boros dan tidak pandai mengurus kewangan negara, terutamanya sedekad yang lalu, kerajaan kini benar-benar bergantung kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST)sebagai sumber negara selepas keruntuhan harga minyak sedunia yang menyebabkan sumbangan Petronas terus meruncing.
“Langkah menyusun semula belanjawan negara mesti dilakukan. Cuma rakyat terkejut dengan pengumuman awal mengenai penggantungan biasiswa JPA dan kemunculan AES, yang bakal menjadi galang ganti kepada kadar GST tidak dinaikkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.
Beliau berkata, rakyat mengharapkan Perdana Menteri mengambil tindakan drastik mengurangkan ‘kos sara kerajaan’ terlebih dahulu agar dapat dijadikan teladan kepada rakyat.
“Sekurang-kurangnya rakyat mengharapkan Perdana Menteri akan memotong belanjawan JPM dan mengurangkan saiz kabinet mengikut keperluan bukan lagi berdasarkan tuntutan parti komponen BN.
“Perdana Menteri juga diminta menamatkan jawatan Penasihat Khas bagi beliau yang bertaraf menteri,” ujarnya.
Katanya, contoh perbelanjaan bijak dan berhemah perlu datang daripada kepimpinan negara bukan hanya mengharapkan rakyat untuk berjimat.
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Biasiswa JPA Di Gantung Antara Langkah Jimat Cermat Najib"

Catat Ulasan