loading...
Kawan-kawan meminta saya mengulas mengenai TPPA. Baiklah, sebelum kita buka persaingan pasaran kepada dunia, kita lihat persaingan pasaran dalam negara dulu.
Persaingan di kalangan rakyat Malaysia dari dari segi Perlembagaan, orang Melayu dan Bumiputera dilindungi dan ada keistimewaan dalam serba serbi. Pendidikan, biasiswa, pekerjaan, kenaikan pangkat, pemilikan harta, peniagaan dan sebagainya. Tetapi Melayu masih gagal bersaing dengan kaum bukan Melayu.
Golongan profesional lebih ramai orang Cina dan India. Orang Melayu yang ramai hanya di kalangan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Satu lagi contoh mudah, bila tiba Tahun Baru Cina dan Hari Krismas, tiada orang Cina dan orang Kristian bising tentang kenaikan harga barang-barang keperluan. Kenapa? Kerana mereka menguasai rangkaian pasaran ekonomi negara.
Tetapi bila tiba Hari Raya, heboh harga barang naik. Pemimpin lawat pasar malam, penguatkuasa kerja siang malam pantau harga tetapi harga ayam masih mahal, gula dan tepung masih disorok.
Melayu nak bersaing dengan bangsa luar melalui TPPA? Nak bersaing dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Australia? Sedangkan Ayam Penyet Indonesia dan Nasi Arab pun kita dah kalah, baik sign agreement jual saja negara, lagi senang! Alahai.. - Musli Oli
Walau bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan 'orang lama' ini termasuklah Cina dan India. Mereka beranggapan bahawa penulis tidak pernah membaca akhbar Cina dan India, serta merta mendakwa kedua-dua bangsa itu tidak pernah merungut dengan kenaikan harga barang.
"Saya tak kata apa yang dia kata itu semua betul atau semua salah. Tetapi bagi saya, kita banyak sangat dimomokkan dengan keadaan 'Melayu masih mundur'. Saya percaya ada yang kurang maju tetapi bukan mundur seperti yang diperkatakan.
"Golongan Melayu profesional ini ada ramai, cuma mereka lebih berperwatakan ringkas dan sederhana," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...
0 Response to "'Bersaing Melalui TPPA? Ayam Penyet Indon & Nasi Arab Pun Kita Kalah'"
Catat Ulasan