loading...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keperluan kerajaan membuat pengubahsuaian dalam Belanjawan 2016 sebagai persediaan menghadapi tahun 2016 yang dijangka lebih mencabar daripada tahun sebelumnya.
Bercakap di Kementerian Kewangan di Putrajaya, beliau berkata, antara sebab terpaksa berbuat demikian ialah harga minyak global yang terus merosot dan pengukuhan mata wang US Dolar.
Bagi menangani cabaran itu, beliau dijangka mengambil pendekatan yang lebih tegas dan responsif bagi menjamin pengurusan sumber yang optimum.
“Saya akan membentangkan pindaan dalam Belanjawan 2016 dan ia diubahsuai agar menjadi lebih realistik dalam keadaan ekonomi semasa,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan bila pindaan itu akan dibentangkan.
Pada Oktober 2015, Najib mengumumkan Belanjawan 2016 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM267.2 bilion.
loading...
loading...
0 Response to "Belanjawan 2016 diubahsuai hadapi cabaran ekonomi"
Catat Ulasan