loading...
Orang ramai setuju dengan langkah polis mewajibkan setiap anggota menurunkan berat badan sebagai syarat kenaikan pangkat.
Abdul Razak Mohd Arif berkata, penguatkuasa undang-undang perlu mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang baik untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
“Biasanya kalau gemuk banyak penyakit. Kalau tiada penyakit pun, nak kejar penyamun pula susah. Kita nak polis kita nampak segak, baru penyamun tengok pun takut,” katanya ketika ditemui FMT di sekitar Masjid Jamek petang tadi.
Langkah itu turut dipersetujui R Muganes kerana kerja polis sangat mencabar.
“Saya setuju (dengan langkah polis) sebab kalau lebih berat badan, susah nak buat kerja di lapangan. Lainlah kalau kerja pejabat,” katanya.
Lain pula sebabnya bagi Ridzuan Razak, yang menganggap polis berbadan besar akan berhadapan kesukaran untuk mencari seragam yang sepadan.
“Overweight pun tak boleh juga nanti pakaian lagi, uniform tu tak kena dengan pangkat tu..,” katanya.
Namun seorang responden yang hanya ingin dikenali sebagai Ira tidak bersetuju dan menyifatkannya sebagai langkah yang tidak masuk akal.
“Memang fizikal penting untuk stamina tetapi tak perlulah sampai tak boleh naik pangkat, macam tak masuk akal. Tidak semestinya polis yang berbadan besar tidak boleh buat kerja,” katanya.
Pengarah Pengurusan bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah semalam berkata, PDRM bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat keanikan pangkat dan pengesahan jawatan.
loading...
loading...
0 Response to "Bagaiman Polis Gemuk Kejar Perompak.."
Catat Ulasan