loading...
Koperal Noor Hisham Abd Halim, 32, yang berasal dari Langkawi Kedah dan bertugas di Manjung dikatakan ditemui oleh orang awam dalam keadaan lemah sebelum diberi bantuan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) namun gagal diselamatkan.
Menurut adik mangsa, Noor Hazarrudin, 29, dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa abangnya itu pada jam 7 petang semalam.
"Saya sedang bertugas di Kuala Lumpur ketika itu dan mendapat panggilan telefon daripada bapa memberitahu mengenai kematian abang.
"Saya kemudian terus mengambil ibu saya di Negeri Sembilan dan datang ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini awal pagi tadi," katanya ketika ditemui di HRPB, sebentar tadi.
Menurutnya, setakat ini dia tidak mengetahui punca sebenar kejadian, namun berdasarkan maklumat yang diterima arwah abangnya itu dipercayai dipukul sekumpulan lelaki hingga meninggal dunia.
"Saya difahamkan abang dipukul, namun punca sebenar masih tidak diketahui dan saya akan berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini.
"Jenazah arwah abang akan dibawa pulang ke Langkawi untuk dikebumikan di Kampung Nyior Cabang, Padang Mat Sirat hari ini," katanya.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia enam dan lima tahun serta anak bongsu berusia empat bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian anggota polis terbabit.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa tidak bertugas dan sidang media mengenai kejadian akan diadakan hari ini. - HM
loading...
loading...
0 Response to "Anggota Polis Maut Dibelasah Sampai Mati..AL-FATIHAH.."
Catat Ulasan