SinarHairan

'Bos Aku, Garang Nak Mampus!'

loading...
Gambar oleh Roslinawati Misdi

Masa habis diploma, aku pernah kerja di kedai kereta terpakai. Kedai kereta teapi saiznya sekangkang aku je kot? Tanah lot disewa tepi jalan utama. Kereta, adalah berbelas buah. Itu saja modal dia berniaga.

Bos nama Mangka, tak pandai cakap bahasa Melayu. Tetapi gila punya terer, closing customer yang 98% orang Melayu.

Garang nak mampus! Cakap biasa-biasa pun macam nak jerit. Kalau marah, lagilah menjerit. Hahaha! Masa itu hingusan sangat, aku ikut saja apa yang bos suruh.

Superior aku ialah adik kepada bos. Perempuan, amoi, tetapi baik dan tegas orangnya. Dia mengandung, jadi mereka mencari pengganti untuk tanggung tugasnya semasa dia bercuti bersalin kelak. Dan akulah yang bakal menggantikan tempatnya. Berapa bulan entah, dah lupa.

Masuk kerja, aku tak ada meja, tak ada kalkulator pun, komputer apatah lagi. Nasib baik ada kerusi. Office pun dalam kabin. 

Kerja collect installment kereta. Masa ini baru tahu, kereta yang bank tak bagi buat loan, kedai kereta bagi loan. Interest 10% tau. Sian pakcik-pakcik beli kereta yang dah hazab. Bayar bulan-bulan lagi, layan kereta rosak lagi. 

Kerja aku pada masa itu senang saja. Lebam je yang lebih. Kena issue cover note insurance, buka file kereta, buat tuntutan, buat akaun, buat gaji. Sempatlah jengah yang gaji amoi tu RM3,000. Gaji aku ganti tempat dia sementara, RM400. Sedih! Hahaha. 

Patutlah Amoi cakap, ramai masuk kerja tetapi hanya mampu bertahan selama dua hari dan selepas itu lari. Setiap minggu ada orang ganti-ganti. Lari berganti-gantilah kiranya. Haha.

Aku pandang sekeliling, office buruk, sekangkang beruk. Aku kena mop, kena sapu, kena lap cermin, juga kena buka cheque. Bila kawan bos datang, aku juga yang kena bancuh teh. Haha.

Tak ada bilik meeting, tak ada meja meeting, malah tak pernah ada meeting. Aku tak komplen, aku buat kerja sebab nak tahu macam mana Cina kerja. Aku layankan saja kasar garang mapiauw diorang itu. 

Sebenarnya kerja senang sebab tak payah fikir. Semua arahan dia dah leter siap-siap. Salin saja apa yang dia cakap, lepas itu buat. Tak payah perah otak, guna tenaga sahaja. Jadi mesin untuk run proses kerja. 

Tapi segala rahsia bisnes Cina aku dah faham habis. Dari bab mulakan bisnes kecil-kecilan sampai nak beli tanah harga berjuta. Padahal kedai dia sekangkang beruk saja. Duit dalam akaun sana sini, fuh!

Itulah bonus yang aku dapat. Bukan gaji RM400 itu saja yang aku pandang, banyak hidden bonus yang kita tak perasan. Baru aku faham macam mana bos tak tahu baca english, boleh ada bisnes buat duit berjuta-juta. Semua aku hadam.

Gaji bukan masalah pada aku pada masa itu. Aku memang berkuli dan tak rasa kerja sebagai kuli itu keji, jijik jauh sekali. Aku anggap proses berkuli seperti aku pergi belajar dengan dia dan mereka bayar elaun. Kau ingat ada orang nak ajar kau secara percuma? Masuk universiti pun bayar beribu tau! Itu belum tentu berhasil lagi. 

Ini kira baguslah. Pergi belajar dengan dia, dia bayar gaji. Sampai masa aku nak berhenti sebab nak sambung degree, Mangka sound aku.

"Lu berhenti mana mau pergi? Sikalang manyak susah cari kerja. Apa guna masuk universiti?" soalnya.

Aku hanya tersengih sumbing. Tetapi dah nekad nak berhenti. 

"Lu banyak belajar di sini. Besok boleh buka satu kedai kereta besar dari ini," katanya.

Aku sekadar tersengih sahaja. 

Masa itu aku ingat, bos tak nak aku berhenti sebab dia leceh nak mencari pengganti. Nanti siapa yang nak buka PV? Nak call customer suruh renew insurance, nak cakap Melayu, bos tak reti. Tapi, sebenarnya bos sikit pun tak rugi. Pekerja bersilih ganti, bisnes teap berkembang maju. Jangan perasan diri kita ini mahal sangat pada syarikat.

Sampai hari berhenti, bos Mangka bagi duit. Kira macam graduatelah, dapat angpau. Masa kahwin pun dapat angpau beribu ringgit. 

Sekarang bisnes Mangka semakin berkembang maju. Tanah yang dia idamkan nak beli dulu sudah menjadi tempat untuk parking stok kereta dia.

Dulu, masa dia berangan nak beli tanah itu, aku jeling penyata akaun OD dah suku juta negatif. Entah dia tahu baca ke tidak. Aku saja yang jaga semua itu. Ada hati pilih-pilih tanah nak beli. Tetapi, ternyata tanggapan aku meleset kan. 

Seronok tengok bekas majikan semakin maju. Mari lihat diri sendiri. Segala ilmu ada, tinggal nak diaplikasikan saja. Last week dapat SMS dari Amoi. Seronok bersembang tapi tak terluah isi hati. Nak sangat cakap,

"Terima kasih banyak Amoi dan Mangka. Sebab korang garang seperti singa, sebab bisnes korang huru hara, dari tak tahu untung rugi, sampai teratur segala PV, aku belajar banyak seni. Seni bisnes dan seni kawal diri. 

"Terima kasih di atas peluang berkuli,"

Lihat dari mata positif, tak ada sebab Allah bawa kita melalui satu fasa. Pasti ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Positif atau negatif itu kita yang pilih. Teruskan komplen atau bangga diri. Mahukah kita meletakkan diri dalam kumpulan manusia-manusia yang rugi? - Roslinawati Misdi

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "'Bos Aku, Garang Nak Mampus!'"

Catat Ulasan